Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

PENGENALAN

Unit Keusahawanan Politeknik Kota Bharu adalah salah satu unit yang bergiat aktif dalam memberikan sokongan terhadap fungsi-fungsi jabatan akademik dan juga bukan akademik di politeknik. Unit ini berfungsi untuk membantu institusi dalam melaksanakan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan ke arah melahirkan graduan holistik dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.


OBJEKTIF

Pada asasnya, objektif unit ditubuhkan adalah untuk mendokong dasar-dasar kerajaan. Antara objektif khusus penubuhan unit keusahawanan adalah untuk:

  • Menjadi platform/kerangka untuk mencipta pekerjaan
  • Mencipta ekosistem dan persekitaran yang dapat membantu pembangunan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar
  • Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi, dan perkhidmatan keusahawanan
  • Membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan lagi pembangunan keusahawanan di institusi
  • Menyokong dan menguatkan kompetensi keusahawanan dalam kalangan pensyarah dan mentor keusahawanan di institusi
  • Berkolaborasi dengan pihak industri bagi meningkatkan hubungan antara institusi-industri
  • Membina hubungan baik dengan komuniti agar ekosistem institusi dengan komuniti menjadi lebih kukuh.