Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

 PENGENALAN 

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer ( JMSK ) Politeknik Kota Bharu adalah salah sebuah jabatan sokongan akademik yang diterajui oleh barisan pengurusan:

Ketua Jabatan : Puan Nurliyana Husna binti Ramli

Timbalan Ketua Jabatan : Encik Azhari bin Zakaria

Ketua Kursus Matematik : Puan Nazihah binti Che Rozan

Ketua Kursus Sains : Puan Marhaniza binti Ibrahim

Ketua Kursus Komputer : Puan Hafizah binti Abd. Rahim

Bagi melancarkan pengurusan dan pelaksanaan PdP, JMSK dibantu oleh 36 orang pensyarah gred DH52, DH48, DH44, DH41, DH34 dan DH32 serta 4 orang kakitangan Bukan Akademik.

TAGLINE

Teamwork Makes The Dream Work

 

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  • JMSK menyokong jabatan-jabatan induk dalam proses merealisasikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan berkesan.
  • Menawarkan kursus-kursus berdasarkan keperluan semasa oleh jabatan- jabatan induk.

 

OBJEKTIF KUALITI JMSK

  • Berusaha memastikan kadar kelulusan bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  • Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus untuk setiap kursus bagi setiap semester mencapai nilai mata 3.00 atau lebih.

 

KPI JMSK

  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar selari dengan Objektif Kualiti JMSK.
  • Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan seiring dengan teknologi.
  • Melestarikan sahsiah dan insaniah pelajar.
  • Memantapkan keupayaan inovasi, penyelidikan dan penulisan di kalangan pensyarah.
  • Memartabatkan profesionalisme pensyarah dan staf sokongan.