Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

 

PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal Hal Pelajar (JHEP) merupakan salah satu unit di Politeknik Kota Bharu (PKB) yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar. JHEP juga mengurus pendaftaran pelajar baharu, lapor diri pelajar senior, kebajikan pelajar, insuran pelajar, biasiswa dan pinjaman pelajaran, disiplin serta kegiatan persatuan pelajar. Selain itu, JHEP juga merupakan sumber data pelajar kepada Jabatan Akademik dan Unit lain di PKB, Bahagian Biasiswa KPTM, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Pendidikan Politeknik.

JHEP sentiasa bersedia membantu bakal pelajar dan ibubapa serta guru kerjaya sekolah yang ingin mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan, tempoh pengajian, yuran pengajian dan bayaran pendaftaran, kemudahan penginapan, dan bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh bakal pelajar.

JHEP PKB dibarisi oleh seorang Ketua Jabatan dan 12 orang pegawai beserta staf sokongan yang berkaliber dan berpengalaman luas.

JHEP sentiasa berazam akan terus menyampaikan perkhidmatan terbaik dan mencipta pelbagai kecemerlangan melalui pemerkasaan Technical and Vocational Education and Training (TVET) dalam mendokong pembangunan modal insan.

PKB menawarkan sebanyak 13 kursus peringkat Diploma dan 1 kursus peringkat Pra Diploma sebagaimana berikut:

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) (DPT)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

Jabatan Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
  • Diploma Ukur Bahan (DUB)

Jabatan Perdagangan

  • Diploma Akauntansi (DAT)
  • Diploma Insuran (DIN)
  • Diploma Pemasaran (DPR)
  • Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)