Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

PENGENALAN

Politeknik Kota Bharu (PKB) adalah Politeknik yang ke 4 di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan dan berpindah ke Kok Lanas pada pertengahan tahun 1988.  Perpustakaan PKB berperanan sebagai penyokong kepada proses ‘Pengajaran dan Pembelajaran’.  Perpustakaan terletak di bangunan lama bersebelahan dengan Dewan Jubli Perak.

Visi          :      Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

Misi        :      Sebagai pemankin ke arah proses pembelajaran & pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa professional.

Falsafah  :     Prasarana Berilmu Sejajar Teknologi Terkini

 

DASAR PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN

  1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik.
  2. Mewujudkan persekitaran yang konduksif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  3. Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  4. Membantu melahirkan tenaga separa professional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam dan berjanji akan :

  1. Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan koleksi tidak melebihi 1 minit;
  2. Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan;
  3. Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan;
  4. Memastikan susun atur, kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali; dan
  5. Dalam melaksana tugas ini kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta tugasan bagi memastikan kepuasan pelanggan

 

KEAHLIAN

Kakitangan PKB

Sepanjang tempoh berkhidmat di PKB

Pelajar PKB

Sepanjang tempoh belajar di PKB

Pengguna luar/Organisasi Kerajaan

Rujukan sahaja/ tertakluk kepada NOU

 

WAKTU PERKHIDMATAN

Ahad - Rabu

8.30 pagi – 4.45 petang*

Khamis

8.30 pagi – 3.15 petang

Jumaat, Sabtu & Kelepasan Am

Tutup

 *Tertakluk kepada pindaan - Waktu perkhidmatan dilanjutkan sehingga 7.00 malam pada hari Ahad- Rabu sepanjang musim peperiksaan.