Mengenai Kami
PENGENALAN
LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
Objektif :-
- Membina personaliti individu
- Berkomunikasi dengan berkesan
- Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
- Menguasai kemahiran bidang kursus
- Menghasilkan laporan Latihan industri
Carta Organisasi
Carta Organisasi
Hubungi Kami
Hubungi Kami :
Unit Perhubungan Dan Latihan Industri
Politeknik Kota Bharu
KM 24, Pangkal Kalong,Kok Lanas
16450 Ketereh,Kelantan
Tel.: 09-7889126/ 344/641
Faks: 09-7888739
Nama Pegawai : Encik Hamdan Nazeri bin Zainal Abidin
Jawatan : Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Email :
Aktiviti
Aktiviti
1. Penyediaan data pelajar
2. Penyediaan folder pengurusan Latihan industri
3. Penyediaan dukomen Latihan industri
4. Menguruskan pendaftaran kursus Latihan Industri
5. Persediaan taklimat 1
6. Perlaksanaan taklimat 1
7. mempamerkan senarai organisasi Latihan untuk rujukan pelajar
8. Mengurus permohonan tempat Latihan Industri
9. Persediaan taklimat 2
10. Perlaksanaan taklimat 2
11. Proses penempatan pelajar
12. Pelajar yang gagal mendapat tempat Latihan Industri
13. Organisasi latihan membatalkan penempatan pelajar
14. Pelajar yang terlibat kemalangan sebelum menjalani Latihan industri