Mengenai Kami
PENGENALAN
Unit Keusahawanan Politeknik Kota Bharu adalah salah satu unit yang bergiat aktif dalam memberikan sokongan terhadap fungsi-fungsi jabatan akademik dan juga bukan akademik di politeknik. Unit ini berfungsi untuk membantu institusi dalam melaksanakan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan ke arah melahirkan graduan holistik dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
OBJEKTIF
Pada asasnya, objektif unit ditubuhkan adalah untuk mendokong dasar-dasar kerajaan. Antara objektif khusus penubuhan unit keusahawanan adalah untuk:
- Menjadi platform/kerangka untuk mencipta pekerjaan
- Mencipta ekosistem dan persekitaran yang dapat membantu pembangunan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar
- Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi, dan perkhidmatan keusahawanan
- Membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan lagi pembangunan keusahawanan di institusi
- Menyokong dan menguatkan kompetensi keusahawanan dalam kalangan pensyarah dan mentor keusahawanan di institusi
- Berkolaborasi dengan pihak industri bagi meningkatkan hubungan antara institusi-industri
- Membina hubungan baik dengan komuniti agar ekosistem institusi dengan komuniti menjadi lebih kukuh.
Carta Organisasi
Hubungi Kami
Hubungi kami
Bil. |
Nama |
Jawatan |
Emel |
1. |
NIK ROZINA @ NIK AZYYATI BINTI NIK JAAFAR |
Ketua Unit |
|
2. |
CHE' FADHILAH BINTI CHE' LAH |
Penolong Ketua Unit |
|
Kemudahan
Kemudahan Yang Disediakan
1. Bilik Unit Keusahawanan- Bertempat di tingkat 3, Bangunan Pentadbiran PKB yang mempunyai fasiliti seperti:
- Bilik Ketua Unit
- Bilik dan ruangan khusus untuk penyelaras-penyelaras Keusahawanan Jabatan/Unit di PKB
- Bilik mesyuarat
- Rak-rak pameran
- Pantry
- Stor barang
2. Inkubator keusahawanan bagi setiap jabatan akademik
Inkubator keusahawan adalah di bawah tanggungjawab Penyelaras Keusahawanan jabatan akademik iaitu:
- Jabatan Perdagangan
- Inkubator Insurans
- Jabatan Kejuruteraan Awam
- Inkubator Kerja Kayu
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Inkubator BaikPulih Peralatan Elektrik Dan Elektronik
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Inkubator Pusat Servis
- Inkubator Kerja Besi
- Inkubator Kelulut
- Inkubator Baja Organik
- Inkubator MPP