Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

PENGENALAN

Tujuan penubuhan CISEC adalah memfokus perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan kolaborasi industri dan komuniti serta kebolehpasaran graduan. Corporate Industry Services And Employability Centre (CISEC) berfungsi memastikan politeknik mencapai 90% kadar graduan boleh diambil bekerja dan 100% semua program pengajian dilaksanakan dengan kolaborasi industri. CISEC berperanan melaksanakan program-program yang dirancang oleh JPPKK dan Politeknik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan seperti Program CEO@PolyCC, Penjana KPT, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri dan Karnival Kerjaya.

OBJEKTIF

Pada asasnya, objektif CISEC ditubuhkan adalah untuk mendokong Pelan Strategik Politeknik dan Kolej komuniti (2018 – 2025):

  • Menghasilkan graduan TVET berkualiti dan yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.
  • Melaksanakan program kebolehpasaran graduan yang berimpak tinggi.
  • Memudahcara jaringan dan kolaborasi di antara politeknik dengan industri.
  • Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan.
  • Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik.
  • Menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.