Mengenai kami
PENGENALAN
Unit Pengurusan Psikologi (sebelum ini dikenali sebagai Unit Psikologi & Kerjaya) adalah merupakan sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan berteraskan tiga aspek penting dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi. Unit ini adalah merupakan unit Sokongan Akademik yang berperanan dalam membantu membentuk pembangunan insaniah, di mana ianya menyediakan perkhidmatan berfokus kepada Psikologikal, Kaunseling dan Kerjaya warga Politeknik Kota Bharu, khususnya para pelajar dan kakitangan.
Ketua Unit : MOHD HISHAM BIN MAKHTAR
Bilangan staf : 7 orang
Visi:
Menyediakan perkhidmatan Psikologi, Bimbingan dan Kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Bharu.
Misi:
Berusaha untuk memberikan perkhidmatan Psikologi, Bimbingan dan Kaunseling yang profesional bagi meningkatkan psikologi klien melalui program Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan.
Carta Organisasi
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Bimbingan dan Kaunseling Individu (untuk pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Bharu)
- Bimbingan dan Kaunseling Kelompok (untuk pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Bharu)
- Ceramah / Bengkel / Seminar / Team Building berkaitan Psikologi, Kaunseling & Kerjaya
- Khidmat nasihat kerjaya
- Pengujian dan penaksiran Ujian Psikologi
- Taklimat kerjaya dan promosi Politeknik di sekolah-sekolah sekitar negeri Kelantan
Hubungi kami
Unit Pengurusan Psikologi,
Politeknik Kota Bharu,
KM24 Kok Lanas,
16450 Ketereh, Kelantan.
No. Tel.: 09-7889126 samb 152/115
Buletin
Buletin Ogos 2021
{jd_file category==96}