Facebook  | YouTube |

Mengenai Kami

Unit Perolehan, Aset dan Stor (UPAS) merupakan pecahan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang merupakan nadi kepada keberkesanan pengurusan di PKB .

Fungsi dan peranan UPAS adalah bertanggungjawab kepada 3 aspek utama iaitu Pengurusan Perolehan, Pengurusan Aset dan Pengurusan Stor. UPAS juga berperanan membantu ke arah kesejahteraan pengurusan agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik. Unit Perolehan, Aset dan Stor diketuai oleh Pegawai Pendidikan Tinggi DH52, dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir N29 serta Ketua Pembantu Tadbir N22 ,Pembantu Tadbir (P/O) (KUP) N22 dan Pembantu Operasi N11.

OBJEKTIF UNIT PEROLEHAN, ASET DAN STOR

  • Memastikan aktiviti dan pengurusan Perolehan Aset dan Styor yang efisien dan teratur serta patuh kepada Tatacara Kewangan, Peraturan dan 1 pekeliling Perbendaharaan.

 

Pengurusan Perolehan

  • Seksyen ini merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara aktiviti berkaitan Pengurusan Perolehan seperti Kontrak dan Sebutharga.
  • Unit ini juga membantu dalam mewujudkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Perolehan bagi setiap jabatan dan Unit di PKB.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan dengan Pengurusan Perolehan kepada jabatan dan unit.

Pengurusan Aset

  • Unit ini adalah unit yang menguruskan sepenuhnya pengurusan aset alih jabatan di PKB dalam penambahbaikan pengurusan aset yang sedia ada agar sentiasa bertambah baik dari masa ke semasa.
  • Unit ini merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara aktiviti berkaitan Pengurusan Aset dengan melantik Ahli jawatankuasa di jabatan dan unit PKB dalam menjalankan tugas-tugas penerimaan aset, pendaftaran aset, pelupusan aset dan kehilangan aset dan pemeriksaan aset alih jabatan.
  • Mengemukakan laporan tahunan keseluruhan Pengurusan Aset Alih jabatan ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pengurusan Stor

  • Seksyen ini bertujuan untuk menguruskan stok yang meliputi penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.
  • Mengemukakan laporan tahunan keseluruhan Pengurusan Stok Utama mencapai sasaran setiap bacaan kadar pusingan stok tahunan PKB ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Mengemukakan laporan tahunan keseluruhan Pengurusan Stor Utama ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.