Page 9 - BASIC PRINCIPLES OF QUANTITY SURVEYING PROFESSIONAL PRACTICES
P. 9
ABSTRAK
Buku ini ditujukan terutamanya kepada pelajar yang berada dalam program
ukur bahan di peringkat diploma di politeknik dan mereka yang sedang
bersiap sedia untuk menghadapi ujian menjadi Juruukur Bahan. Sebilangan
besar kandungan dalam buku ini sangat berguna dan relevan untuk sesiapa
sahaja yang bekerja dalam bidang ukur bahan atau bidang yang serupa.
Pelbagai perkara yang dipraktikkan dalam bidang ukur bahan didedah dan
disampaikan di dalam buku ini, dengan disokong oleh contoh bersesuaian
yang mana dipercayai akan memberikan manfaat kepada para pelajar. Ia
juga mendedahkan pelajar kemahiran penting yang akan membantu
mereka meningkatkan kefahaman terhadap bidang ukur bahan dan
mempersiapkan mereka untuk latihan profesional setelah mereka keluar
dari politeknik. Selain itu ia memberi penekanan terhadap peringkat pra-
kontrak dan memahami kerjaya ukur bahan. Pelajar juga dapat memahami
bidang ukur bahan dan pelbagai organisasi profesional yang terlibat, serta
tahap pra-kontrak proses pembinaan. Setiap aspek peringkat pra-kontrak
akan dibincangkan, bermula dengan peringkat awal projek, pasukan
pembinaan, dan tanggungjawab setiap ahli pasukan. Kaedah perolehan,
prosedur tender, dokumen tender, laporan tender, dan penerimaan tender
semuanya tercakup dalam buku ini. Buku ini bertujuan untuk memberi
pengenalan kepada pelajar politeknik mengenai bidang ukur bahan dan
boleh digunakan oleh pensyarah untuk mengajar pelajar yang terlibat
dalam bidang ini.
v