Page 10 - KAJIDAYA BAHAN
P. 10
KAJIDAYA BAHAN
BAB 1
DAYA PADA BAHAN
1.0 KAJIDAYA BAHAN
Kajidaya Bahan ialah kajian pepejal yang mengalami bebanan dan bertujuan untuk menerangkan
sifat-sifat pepejal semasa dikenakan bebanan tersebut. Pengetahuan sigat-sifat seperti kekuatan,
kekukuhan, pesongan dan sebagainya sangat berguna dalam merkabentuk sesuatu komponen
seperti rasuk, tiang, aci dan sebagainya.
1.1 JENIS BEBAN DAN KESAN
Beban adalah sejenis daya yang bertindak ke atas sesuatu bahan. Beban boleh dipecahkan kepada
4 kategori, iaitu :
Jadual 1.1: Jenis-jenis Beban
BIL JENIS BEBAN KETERANGAN CONTOH
1 Statik ianya adalah dari jenis beban Berat jasad sebuah
Static yang tak berubah bangunan
2 Dinamik ianya adalah dari jenis beban Kenderaan(beban) yang
Dynamic yang berubah-ubah /tidak tetap melalui jambatan
3 Hentaman ianya beban mengejut atau Penanaman cerucuk atau
Impact bertindak serta merta Hentaman Tukul dikenakan
pada paku
4 Beban Lesu ianya beban yang berubah-ubah Omboh enjin
dan ulangalik secara tetap
Fatigue and
Repeated load
1