Page 6 - KAJIDAYA BAHAN
P. 6
KAJIDAYA BAHAN
PENGENALAN
Buku ini mengandungi enam (6) bab utama iaitu Bab 1 : Daya dan Bahan, Bab 2 :
Tegasan Suhu dan Bar Majmuk , Bab 3 : Daya Ricih dan Momen Lentur, Bab 4
Tegasan Lentur, Bab 5 : Pesongan Rasuk dan Bab 6 : Kilasan Aci. Buku KAJIDAYA
BAHAN ini menyediakan pengetahuan tentang konsep dan pengiraan daya pada
bahan, tegasan haba, daya ricih dan momen lentur, tegasan lentur, tegasan ricih dan
kilasan dalam aci. Kajidaya bahan ialah kajian pepejal yang mengalami bebanan dan
bertujuan untuk menerangkan sifat-sifat pepejal semasa dikenakan bebanan
tersebut. Pengetahuan mengenai sifat-sifat seperti kekuatan, kekukuhan, pesongan
dan sebagainya sangat berguna dalam merekabentuk sesuatu komponen. Ianya
diterbitkan bagi menambahkan lagi sumber bacaan ilmiah berkaitan bidang Kajidaya
Bahan serta perkongsian ilmu penulis berdasarkan bacaan ilmiah dan pengalaman
mengajar yang boleh dikongsi dengan para pembaca
iv