Page 95 - KAJIDAYA BAHAN
P. 95

KAJIDAYA BAHAN





                                                        BAB 6





                                                 KILASAN ACI







                   6.0   KILASAN ACI
                   Aci digunakan untuk menghantar kuasa melalui putaran. Putaran tersebut kebiasaannya
                   menghasilkan  kesan  ke  atas  aci  di  mana  berlakunya  kilasan.  Di  dalam  rekabentuk,
                   kilasan adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana kesannya amat besar kepada jangka
                   hayat aci. Oleh itu, bahan yang hendak digunakan di dalam merekabentuk sesuatu aci
                   perlulah diteliti dengan tepat.

                   6.1    TEORI KILASAN
                   Penentuan  tegasan  ricih  yang  berlaku  ke  atas  keratan  rentas  sebatang  aci  yang
                   dikenakan  suatu dayakilas  boleh  dibuat  dengan  membuat beberapa  anggapan  seperti
                   berikut :

                          i. Bahan aci adalah anjal dan mematuhi Hukum Hooke.
                         ii. Bahan aci adalah homogenous iaitu mempunyai sifat keanjalan yang seragam.
                         iii. Tegasan yang berlaku tidak melebihi had keanjalan.
                         iv. Keratan  rentas  aci  berada  dalam  satah  tegak  sebelum  dan  selepas  dayakilas
                           dikenakan iaitu aci tersebut tidak berubah bentuk akibat dikenakan beban.
                         v. Garispusat  keratan  rentas  berpiuh  seperti  bulatan  tegar  dan  tidak  berlaku
                           perubahan garispusat.













                                                                                                                 86
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100