18 Mei 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidilfiri dan Majlis Pautan Kasih, Jasamu Dikenang di Dewan Jubli Perak, PKB. Majlis ini telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama YBrs Sr. Haji Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu dan YBrs. Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, PKB.
 
Majlis ini diadakan bagi meraikan hari raya aidilfitri bagi seluruh warga PKB serta meraikan staf yang berpencen serta staf yang bertukar.