5 OGOS 2023  :  Telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar Terbuka MSP-PKB Kebangsaan 2023 pada tarikh 4 - 5 OGOS 2023. Politeknik Kota Bharu telah menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut. Sebanyak 20 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita dari seluruh Negara telah menyertainya. Pasukan dari Majlis Sukan Politeknik (MSP) B lelaki telah berjaya mendapat Naib Johan dalam kejohanan tersebut.