8 Ogos 2023, Politeknik Kota Bharu: Politeknik Kota Bharu telah menerima kunjungan delegasi dari Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) bagi Program National Competency Standard (NCS-Z-50) Green Technology Compliance sempena Lawatan Pembaharuan Pentauliahan Program Pusat Bertauliah Cawangan. Antara pegawai yang hadir ialah Puan Siti Nor Shidah binti Kostor dari Bahagian Kurikulum, Encik Mohd Faris bin Jamaludin dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Ts. Azaudin Bin Adzmin @ Azmin.
 
Majlis ini telah berlangsung di Bilik Nilam, Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama mengiringi kunjungan ini Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Hj Mohd Fikri BIn Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Che Anuzi Bin Yusoff .