8 Ogos 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Lawatan Penaziran Akademik (Pena) Tahun 2023 di Politeknik Kota Bharu yang diadakan pada 8 sehingga 9 Ogos 2023 dengan jayanya. YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan dan Penutup yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Ibnu Khaldun.
 
Kumpulan panel seramai 8 orang diketuai oleh YBrs. Sr Asuralyzah Binti Saleh daripada BIPD, JPPKK. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit serta pegawai – pegawai yang terlibat.