16 Ogos 2023 : Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKB telah berjaya menganjurkan Program Pembangunan Insan Madani JKE 2023 di D’ Aur Chalet, Bachok. Program yang julung kalinya diadakan selepas pandemic Covid melanda ini merupakan program pembangunan insan dan team building JKE yang dilaksanakan untuk membina budaya kerja yang sihat, meningkatkan motivasi di kalangan staf JKE dan bekerja dalam semangat berpasukan. Selain daripada itu, program ini juga mendedahkan peserta kepada sikap kepimpinan, membentuk sikap suka kepada kerja dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
Beberapa aktiviti telah disusun antaranya ialah tazkirah, senamrobik dan sukaneka yang dapat meningkatan tumpuan, mencabar kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran para peserta. Program ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan dan berharap dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan lagi motivasi kerja seterusnya mutu dan perkhidmatan peserta yang terlibat.