MISI MENAWAN PUNCAK GUA KAMBING-LUBUK LESUNG KUDAP JSKK 4/2024 - BENGKEL KECERGASAN FIT HIKING SIRI 1/2024
18 Januari 2024 - Seramai 37 orang staf Politeknik Kota Bharu telah berjaya menawan puncak Gua Kambing, Pulai Chondong Kelantan dengan jayanya tanpa sebarang kecederaan. Program anjuran pihak Pengurusan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu (JSKK PKB) ini adalah sebagai Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) Bengkel Kecergasan: Fit Hiking Siri 1/2024 dan pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Bharu Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Kota Bharu Encik Che Anuzi Bin Yusof. Walaupun setiap peserta perlu melalui pelbagai cabaran dengan menempuhi laluan yang berbeza sewaktu pendakian naik dan turun, akan tetapi para peserta dapat mempelajari teknik pendakian yang betul dan mengenali asas perkhemahan di mana mereka dibekalkan dengan peralatan memasak menggunakan misting dan berpeluang memasak secara survival serta memupuk semangat kerjasama yang tinggi. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai segala objektif yang digariskan demi menyemai kesedaran kepada warga PKB tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas bagi memastikan kualiti kerja yang lebih produktif dan berdaya saing.