22 Januari 2024,Rantau Panjang : YBrs. Ts Hj. Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah menyampaikan bantuan banjir kepada pelajar Politeknik Kota Bharu iaitu Mohd Hakimi Bin Sulaiman. Pelajar semester 1 ini merupakan seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Turut hadir bersama En. Che Anuzi Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) serta wakil-wakil pegawai tertinggi Politeknik Kota Bharu.