23 Januari 2024, Politeknik Kota Bharu: Telah berlangsung Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 yang bertemakan ‘POLYCC Pemacu Tenaga Mahir Negara’. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB) dan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi POLYCC pada jam 8.00 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPPKK) dalam memperkukuhkan iltizam dan meningkatkan semangat tahun Baharu 2024.
YBrs. Ketua Pengarah telah mengumumkan lima (5) fokus utama JPPKK bagi Tahun 2024. Lima (5) fokus utama bagi tahun ini iaitu memperkasa kompetensi berasaskan industri, meneroka Translational Research, memberdayakan PSH, mempergiat pengantarabangsaan serta memantapkan ekosistem pemboleh daya. Turut berlangsung ialah penyampaian Anugerah Khas Ketua Pengarah (AKKP) yang telah disampaikan oleh KPPPKK. Turut disampaikan juga Anugerah POLYCC Berprestasi Tinggi serta Anugerah Kecemerlangan POLYCC Ke-2. Beberapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti telah diiktiraf sebagai Industry on Campus (IOC) Baharu.
Hadir sama pada majlis ini ialah pengurusan tertinggi JPPKK, Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, mantan-mantan pengarah dan pegawai POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu serta warga POLYCC.