3 Mac 2012– Persatuan Pelajar Perdagangan (PPP), Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan satu program iaitu Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu. Program tersebut terbuka kepada semua staf dan pelajar Jabatan Perdagangan, PKB.

Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bertempat di Gelanggang Futsal Hidayah, Kok Lanas.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang mengalakkan kerana seramai 300 orang pelajar yang hadir dalam program tersebut. Terdapat 21 kumpulan terdiri daripada 14 kumpulan peserta lelaki dan 7 kumpulan peserta perempuan.

Pengerusi Persatuan Pelajar Perdagangan (PPP) Muhamad Amin bin Abd Razak berkata, Matlamat bagi program ini dijalankan untuk memastikan pelajar sentiasa bergiat aktif dalam sukan disamping pencapaian akademik di Politeknik Kota Bharu. Pelajar juga akan dapat membahagikan masa untuk belajar dan masa untuk beriadah. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara PPP dengan  pelajar lain.

Walau bagaimanapun, objektif bagi program ini diadakan ialah ingin mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan peserta. Selain itu, melahirkan warga Politeknik yang sihat dan aktif dalam bidang sukan. Menerapkan budaya bersukan di kalangan pelajar juga merupakan objektif bagi program ini diadakan.

Juara bagi kategori lelaki ialah pasukan Angkebab Fc yang mengalahkan pasukan Pasang siap. Perlawanan ini tepaksa ditentukan melalui sepakan penalti setelah keputusan seri satu sama sehingga tamat perlawanan dan dimenangi oleh angkebab Fc dengan jaringan 2-1  dan tempat ketiga dimenangi oleh Chelok FC .

Pengurus pasukan Angkebab FC, Pn. Nor Asiah Bt AB Ghani berkata, beliau tidak menyangka yang pasukannya dapat menjurai pertandingan ini kerana persaingan daripada pasukan lain sangat sengit. Ini kerana bermula di peringkat suku akhir hingga ke akhir pasukannya terpaksa membuat penentuan melalui sepakan penalti. 

Manakala bagi katogeri perempuan dimenangi oleh pasukan Najam FC setelah menewaskan pasukan Hot Crew dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Nur Shahira Nabila. Saya tidak menyangka dapat menjaringkan gol dan seterusnya membantu pasukan untuk memenangi perlawanan ini kerana sebelum ini saya tidak biasa bermain futsal,kata Nur Shahira Nabila ketika ditemubual, beliau juga seorang peminat sukan bola sepak dan peminat Daudsu, seorang pemain Kelantan FA.

 Tempat ketiga pula dimenangi oleh D’skodar FC setelah menewaskan dinamik girls dengan jaringan 2 gol kosong. Kesemua pemenang tempat pertama hingga ketiga membawa pulang medal dan hamper. Hadiah telah disampaikan oeh Muhamad Amin, Pengarusi Persatuan Pelajar Perdagangan (PPP).