4 Julai 2024- Setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Polycc Skills Politeknik Kota Bharu (PKB) di atas kejayaan membawa pulang 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa daripada 7 bidang yang disertai dalam Pertandingan Kemahiran Polycc Skills 2024 antara politeknik dan kolej komuniti seluruh negara. Pertandingan ini telah berlangsung pada 30 Jun 2024 hingga 4 Julai 2024 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak.
 
Pingat Emas pertama telah disumbang oleh Pasukan Drone Technology PKB, yang dipertandingkan secara berpasukan hasil pungutan kumulatif mata daripada Modul A dan B. Manakala, bidang Agro pula PKB menghantar 2 penyertaan yang dipertandingkan secara individu dan masing-masing meraih Pingat Emas dan Gangsa. Penyampaian Anugerah Pingat Pemenang telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (JPPKK) dalam Majlis Anugerah Polycc Skills 2024 yang berlangsung di PUO.
 
Sekalung tahniah kepada para pemenang dan jurulatih serta tidak lupa juga kepada semua peserta Polycc Skills PKB yang lain dan Penyelaras Polycc Skills PKB kerana mengharumkan nama PKB sekaligus berani menyahut cabaran membawa nama PKB di platform berprestij dengan mempamerkan kemahiran yang cemerlang di persada pertandingan. Kemenangan ini adalah hadiah untuk YBrs. Tuan Pengarah PKB, pihak Pengurusan dan seluruh warga PKB yang telah memberi sokongan kepada pasukan Polycc Skills PKB 2024. Semoga menjadi inspirasi untuk menempa kejayaan di pentas kemahiran yang lebih tinggi.
 
*BIDANG YANG MERAIH PINGAT:*
i. DRONE TECHNOLOGY (PINGAT EMAS 🥇)
 
a)MODULE A(2 TASKS OF VIRTUAL FLIGHT SIMULATION )
 
Peserta PKB: Muhammad Danish Muqri bin Nazaruddin
Jurulatih PKB: En. Mohd.Zulkafli bin Mohamed
 
b) MODULE B (FPV FLY)
Peserta PKB: Khor Lucus Ee Fuong
Jurulatih PKB: Pn. Muzimah Aida binti Md Mustafa
 
ii. BIDANG AGRO (INDIVIDU)
Peserta PKB: 
1. Muhammad Irham bin Ibrahim (PINGAT EMAS🥇)
2. Andik Mursyid Amir bin Andik Hassan Yamani (PINGAT GANGSA 🥉)
 
Jurulatih PKB:
1. Pn. Julia binti Jamaluddin
2. Pn. Nurulazila binti Omar
 
*7 BIDANG YANG DISERTAI OLEH PKB*
1. Drone Technology (🥇)
2. Agro (🥇🥉)
3. Accounting
4. CAD
5. Automotive
6. Bricklaying
7. Mechatronic