30 Jun 2024 - Telah berlangsungnya Majlis Flag Off kepada Kontinjen Politeknik Kota Bharu (PKB) bagi berentap dalam Pertandingan Kemahiran Polycc Skills 2024 Kebangsaan yang akan berlangsung pada 1 hingga 4 Julai 2024 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak dan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs Gs. Sr PgR(Besekutu) Haji Mohd Fikri Bin Ismail. Turut hadir memberi suntikan semangat adalah Timbalan Pengarah Akademik PKB, YBrs. Ir. Haji Mohd. Zaidi Bin Che Mod dan juga Ketua-ketua Jabatan. Bersama tagline kontinjen Polycc Skills PKB iaitu 'Never Give up Moving Forward', Kontinjen PKB yang diketuai oleh Penyelaras Polycc Skills PKB En. Azli Syam Bin Awang telah menghantar 7 penyertaan bidang kemahiran yang akan berentap dengan seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dalam Pertandingan Kemahiran Polycc Skills 2024 yang mana 2 bidang yang disertai oleh PKB diadakan di PSAS iaitu bidang Drone Technology dan juga bidang Automotive. Manakala 5 bidang lagi yang disertai oleh kontinjen PKB dipertandingkan di PUO iaitu bidang Accounting, Mechatronic, Bricklaying, CAD dan Agro.
Selamat maju jaya dan semoga beroleh kemenangan kepada Kontinjen Polycc Skills PKB di persada pertandingan ini dan terus melangkah ke persada yang lebih besar.