3 Julai 2024, Ketereh: Satu program Gerak Gempur Catur telah dijalankan bermula 1 Julai sehingga 2 Julai 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh sebagai persediaan Kejohanan MSSD Kota Bharu Selatan. Sekolah ini telah berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan dimana seorang peserta telah dinobatkan sebagai peserta terbaik bagi kategori bawah 9 tahun manakala seorang peserta lagi telah berjaya mendapat pingat gangsa dan akan mewakili MSSD Kota Bharu Selatan ke peringkat MSSK yang akan diadakan di Gua Musang nanti. Kejohanan ini telah berlangsung pada 3 Julai 2024 bertempat di Kolej Teknologi Darul Naim Pengkalan Chepa.
Peserta-peserta ini telah mendapat bimbingan dari Jurulatih Encik Azmi bin Mat Rais iaitu Pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer selaku Penasihat Catur Politeknik Kota Bharu. Kerjasama ini merupakan sumbangan khidmat bakti dari pihak PKB kepada komuniti setempat yang bertujuan memperkasakan sukan catur sekolah tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih serta pemenang-pemenang yang berjaya ke peringkat seterusnya.