25 Jun 2024 (SELASA) : Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah menganjurkan Kejohanan Bakat Memanah Zon Timur 2024 di Stadium Mini Ketereh. Kejohanan ini diurussetiakan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari iaitu 25 hingga 27 Jun 2024.
Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu (KSM PKB) telah menghantar wakil seramai 6 orang ke Kejohanan Bakat Memanah Zon Timur 2024 yang bertugas sebagai Helpers. Tetapi bagi wakil pihak KSM PKB perlu hadir pada 24 Jun 2024 untuk persediaan tempat.
 
Pada hari pertama, kelana telah menyiapkan persediaan padang yang bermula pada lewat petang dan habis pada lewat malam. Keesokannya, hari latihan untuk pemanah. Pada 26 & 27 Jun 2024 pula sudah bermula kejohanan ini. Sesudahnya habis, helpers perlu mengemas semula semua alatan persediaan dan padang.
Akhir Sekali, Kami dari pihak Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan untuk semua yang berada semasa kejohanan berlangsung. Kami berharap agar dapat berkhidmat untuk program atau kejohanan seperti ini lagi.