10 Julai 2024 (Rabu) - Bengkel Kecergasan: Fit Cycling Siri 2/2024 telah mendapat penyertaan yang menggalakkan di mana seramai 34 orang staf PKB telah mengambil bahagian. Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB ini adalah KUDAP ke 12 JSKK di mana bagi 'fit cycling', ia adalah kali kedua diadakan pada tahun ini. Bengkel ini bermula di PKB di mana pelepasan dilaksanakan oleh KJSKK PKB, seterusnya taklimat dan pengenalan KUDAP disampaikan oleh Ketua Kursus Kokurikulum PKB. Sebelum memulakan kayuhan, slot perkongsian ceramah secara praktikal telah dikendalikan oleh En. Hasnizul bin Hasbullah dan disusuli dengan bacaan doa selamat dan doa perjalanan oleh Ustaz Safuan bin Yusoff. Dua orang staf JSKK bertindak sebagai Marshal bagi bengkel ini. Pegawai Belia dam Sukan pula bertindak selaku jawatankuasa teknikal. Para peserta diuji dengan kemahiran praktikal kayuhan melalui laluan 'on road' dan 'off road' yang mesti merentasi laluan sekitar Pangkal Kalong, Matrikulasi, Bukit Merbau, Sokor, dan kayuhan penyudah berakhir kembali di PKB. Bengkel ini menekankan aspek Pengenalan Asas Berbasikal, Komponen dan Pengendalian Basikal, Teknik Kayuhan yang betul dan juga Penyelenggaraan Basikal. Bengkel ini berjaya memupuk semangat kesukanan dan warga PKB yang mementingkan gaya hidup yang sihat dari aspek kesihatan mental dan fizikal selain dapat mengeratkan silaturahim dan semangat bekerjasama dalam bekerja sebagai satu pasukan dan dalam sesebuah organisasi.