09 Julai 2024 (Selasa) : Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu Seramai 4 Kelana dan 1 pemimpin iaitu Puan Mariati Binti Ahmad telah terlibat sebagai sukarelawan dan bertugas pada Program Kem Generasi Madani yang diadakan di Kolej Vokasional Pasir Mas Kelantan Darul Naim.
 
Antara peranan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh 4 kelanasiswa pada program tersebut adalah mengajar para pelajar Kolej Vokasional tersebut berkenaan kaedah ikatan dan simpulan serta menghasilkan model gajet . Kebolehan yang dimiliki oleh ahli Kelanasiswa Politeknik Kota Bharu didalam bidang ikatan dan simpulan serta membina model gajet tidak dinafikan lagi kerana perkara berkenaan adalah diantara kepakaran yang telah dimiliki oleh mereka semua. Terima Kasih diucapkan kepada Pihak Penganjur Kolej Vakasional Pasir Mas diatas jemputan untuk kami Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran kepada para pelajar semua. Semoga pengetahuan dan perkara yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama.