17 Julai 2024 - Pihak Pengurusan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu (JSKK PKB) telah menganjurkan Bengkel Semakan Akhir Fail Kursus Kod MPU U4 Kokurikulum Sesi II 2023/2024 sebelum Sesi ini melabuhkan tirai dan fail kursus ditutup. Seramai 41 orang pensyarah yang mengajar Kursus ini telah menghadiri Bengkel ini di Makmal Komputer GCL 6 dan 7. Antara objektif penganjuran bengkel adalah bagi memastikan semua fail kursus Kokurikulum Sesi ini dapat dikemaskini sepenuhnya dengan sistematik serta mengikut standard yang digariskan selepas perkongsian terdahulu dalam Bengkel Penyelarasan Fail Kursus & Pengukuhan Interpretasi Kursus Kokurikulum Kod MPU U4 Sesi ini yang telah dilaksanakan pada 11 Julai 2024 yang lalu. Dalam bengkel ini, PgR (Bersekutu) Muzimah Aida Binti Md Mustafa selaku Ketua Kursus Kokurikulum PKB bertindak sebagai penceramah bengkel ini dan telah dibantu oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada para Penyelaras JSKK untuk sama-sama membuat semakan ke atas setiap fail kursus Kokurikulum mengikut Jabatan bersama peserta bengkel. Fasilitator turut diberikan pendedahan dan latihan awal pada 14 Julai 2024 sebagai persediaan proses semakan sepenuhnya secara digital dan borang semakan setiap pensyarah fail kursus turut telah diaplikasikan menggunakan kaedah yang sama ke arah pendigitalan dan penjimatan penggunaan kertas . Semoga pengurusan JSKK dan proses penyimpanan dokumen kursus Kokurikulum serta sistem pemfailan pengajaran dan pembelajaran kursus Kokurikulum adalah lebih bersistematik.