Makluman Peperiksaan Akhir Semester SESI 2 : 2023/2024   akan diadakan bermula 25 MEI 2024 (SABTU) hingga 14 JUN 2024 (JUMAAT) iaitu pada hari-hari berkerja (AHAD-KHAMIS) dan Cuti Hujung Minggu (JUMAAT-SABTU).
 
Pelajar/Calon  boleh menyemak dan mencetak Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Sesi 2 : 2023/2024 mengikut Tarikh/Masa/Tempat yang telah ditetapkan mengikut kursus/pensyarah yang telah didaftarkan.
 
Semakan boleh dibuat melalui Laman Web SPMP PKB mulai  30 APRIL 2024 (SELASA).  >>> http://spmp.pkb.edu.my > Jadual Waktu Peperiksaan Akhir.
 
Semua calon peperiksaan dikehendaki  MENCETAK  SLIP JADUAL PEPERIKSAAN (untuk rujukan semasa hadir ke Bilik Peperiksaan)   masing-masing sebagai bukti pendaftaran dan akan menduduki peperiksaan kursus berkenaan. Calon dikehendaki membaca "Peraturan Menduduki Peperiksaan Akhir" dalam Paparan Makluman SPMP bahagian Peperiksaan> Arahan Peperiksaan Akhir untuk calon-calon yang menduduki peperiksaan akhir mengikut peraturan-peraturan Peperiksaan Politeknik.
 
Sebarang permasalahan berkaitan Jadual Waktu Peperiksaan boleh berurusan dengan Pegawai Peperiksaan di Unit Peperiksaan PKB.