Mengenai Kami

 

PENGENALAN

Jabatan Perdagangan merupakan sebuah jabatan akademik di Politeknik Kota Bharu (PKB) yang menawarkan Program Diploma Akauntansi, Diploma Pemasaran, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Insurans.

Jabatan Perdagangan amat komited dalam mendokong aspirasi, visi dan misi politeknik sebagai peneraju TVET yang dipacu industri. Justeru bagi melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan inovatif bagi memenuhi kehendak industri, Jabatan Perdagangan sentiasa bersedia dengan segala kepakaran staf akademik, kemudahan infrastruktur serta sokongan pihak pengurusan PKB dalam melahirkan tenaga separa profesional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan, pemasaran, pengajian perniagaan dan insurans, yang boleh diserapkan ke dalam pelbagai industri.

Jabatan Perdagangan diterajui oleh Ketua Jabatan yang dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan, ketua-ketua program serta staf-staf akademik dan seorang staf sokongan akademik. Staf akademik Jabatan Perdagangan terdiri daripada para pensyarah yang berkelulusan dalam pelbagai bidang seperti perakaunan, kewangan, pengurusan perniagaan, pemasaran, insurans, undang-undang dan lain-lain yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan. Kekuatan jabatan adalah kepakaran pensyarah yang terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan iaitu yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD), diikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf. Para pensyarah terdiri daripada gred DH54, DH52, DH48, DH44 dan DH41. Para Pensyarah juga mempunyai kelayakan profesional daripada badan profesional seperti Malaysian Institute of Accountants (MIA), Malaysian Institute of Management (MIM), Malaysian Insurance Institute (MII) dan lain-lain.

Purata jumlah keseluruhan pelajar di Jabatan Perdagangan yang merangkumi keempat-empat program pengajian adalah anggaran seramai 1300 orang pada satu- satu sesi.

Ketua Jabatan : Puan Juli Suzlin Binti Mohd Jalaludin

Timbalan Ketua Jabatan: Encik Zulfaizad Bin Abd Hamid

 

Nama Ketua Program :

1. Ketua Program Diploma Akauntansi (DAT) : Puan Azelawati Binti Che Hussin

2. Ketua Program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) : Puan Nurhawani Binti Yaacob

3. Ketua Program Diploma Pemasaran (DPR) : Cik Roslina Binti Ab. Rahman

4. Ketua Program Diploma Insurans (DIN) : Puan Razia Malini Binti Mohamad

 

Bilangan Staf Mengikut Pecahan Program

Nama Program

Bil. Staf

Diploma Akauntansi (DAT)

17 orang

Diploma Pemasaran (DPR)

15 orang

Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

18 orang

Diploma Insurans (DIN)

14 orang

 

 

 

 

Program Yang Ditawarkan

 

Program Pengajian Yang Ditawarkan :

Program Pengajian

 Tempoh Pengajian

 No. Akreditasi

Diploma Akauntansi

 3 Tahun ( 6 semester)

  MQA/FA3231

Diploma Pemasaran

 3 Tahun ( 6 semester)

  MQA/FA3232

Diploma Pengajian Perniagaan

 3 Tahun ( 6 semester)

  MQA/FA3233

Diploma Insurans

 3 Tahun ( 6 semester)

  MQA/FA8806

 

DIPLOMA AKAUNTANSI

DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT)

PENGENALAN

Diploma Akauntansi digubal khusus untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang-bidang seperti perakaunan, kewangan, pengauditan, percukaian, perakaunan kos dan juga pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Pelajar bukan sahaja diajar secara teori asas kewangan dan perakaunan, malah mereka juga diberi pendedahan kepada  pengalaman sebenar melalui program latihan industri.  Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang berfikiran usahawan.  Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC.  Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan. Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.  

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini

 

PROGRAMME AIMS

This programme believes every individual has potential to foster accounting skills and responsible accounting professional at SME level in supporting national agenda to achieve competitive and advanced economics driven by high skills resources

 

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)

Diploma in Accountancy programme shall produce semi-professionals accounting practitioners who are:

PEO1 : knowledgeable and technically competent in accounting discipline in line with the industry requirement   

PEO2 : able to integrate values, attitudes, professionalism and social skills in engaging with society and stakeholders

PEO3 : adopt the roles of a leader and a team member, and communicate effectively to provide data driven solutions for accounting problems

PEO4 : proactively acquire new knowledge and skills for career advancement and innovatively manage resources and information        

 

PROGRAMME HANDBOOK/ PROGRAMME PAMPHLET 

 

 

 PROSPEK KERJAYA

Graduan dari program ini akan dapat memperoleh pelbagai peluang pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menjadi:

  • Pembantu Akaun
  • Pegawai Akaun/ Eksekutif
  • Juruteknik Perakaunan
  • Pembantu Audit
  • Pembantu Cukai
  • Juruteknik Cukai
  • Pembantu Kewangan
  • Usahawan
  • Pegawai Kastam

 

 

DIPLOMA PEMASARAN

 

DIPLOMA PEMASARAN (DPR)

PENGENALAN

Diploma Pemasaran bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pelajar untuk melaksanakan tugas pemasaran yang merangkumi campuran pemasaran, tingkah laku pengguna, penyelidikan pemasaran dan membuat keputusan, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai elemen persekitaran yang mempengaruhi aktiviti pemasaran. Program ini juga merangkumi bidang lain yang berkaitan seperti pengurusan, perakaunan, ekonomi, keusahawanan, periklanan, peruncitan, undang-undang dan teknologi maklumat. Untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam komunikasi, kursus Bahasa Inggeris akan diajar sepanjang tahun program. Sejajar dengan objektif kerajaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang, program ini juga merangkumi kursus agama dan moral.

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini

 

PROGRAMME AIMS

This programme believes that every individual has potential and the programme aims to foster adaptable and responsible marketers in supporting national agenda to modernize, globalize and revolutionize the industry

 

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

 The Diploma in Marketing programme shall produce semi-professionals who are able to:

PEO1:   Occupy the field of marketing with marketers who are knowledgeable and skilful in marketing world

PEO2:   Provide the industries with marketers who can communicate well in written and spoken to   convey information as a leader or a member of a team in executing programmes related to marketing as well as other activities in a variety of contexts

PEO3:   Produce marketers who are involved in continuously seeking knowledge and skills activities or emerge as an entrepreneur in order to sustain themselves in the challenging world of information and technology

PEO4: Establish the behaviour of marketers by conforming to the ethics and professionalism of marketing in order to grow and succeed in within, organizations as well as society

 

PROGRAMME HANDBOOK / PROGRAMME PAMPHLET

 

PROSPEK KERJAYA

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti :

  • Eksekutif Pemasaran
  • Eksekutif Promosi Penjualan
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Penyelidik Pemasaran
  • Eksekutif Perniagaan
  • Perancang Media

 

 

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

 

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (DPM)

PENGENALAN

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang perniagaan dan membantu mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Program ini, secara dinamik membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, penjualan, operasi, pemasaran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Oleh kerana kerangka kerja yang fleksibel, membolehkan pelajar untuk memilih jalan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pelajaran mereka dalam pelbagai program perniagaan.

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini  

 

PROGRAMME AIMS

This programme believes that every individual has the potential to be adaptable and responsible business practitioners in supporting national agenda to spur the development of industrial activities towards enhancing Malaysia's economic growths and thus becoming a developed nation.

 

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

The Diploma in Business Studies programme shall produce semi-professionals who are:

PEO1:             Business practitioners who apply knowledge, understanding and managerial skills in providing solutions for business issues and challenges.

PEO2:             Business practitioners who are agile in the execution of and able to manipulate digital applications and data to perform business tasks.

PEO3:             Business practitioners who communicate effectively in executing the roles of a leader as to provide high quality of services to the business operations.

PEO4:             Business practitioners who proactively acquire new knowledge and skills for career advancement and comply with organisational and professional ethics in work and social environment

 

PROGRAMME HANDBOOK/ PROGRAMME PAMPHLET

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program Diploma Pengajian Perniagaan dapat bekerja sebagai Eksekutif/ Pegawai/ Penyelia/ Pembantu dalam bidang berikut:

  • Pentadbiran / Pengurusan
  • Penjualan / Pemasaran
  • Usahawan
  • Perbankan dan Kewangan
  • Sumber manusia dan Operasi

 

 

DIPLOMA INSURANS

 

DIPLOMA INSURANS

PENGENALAN

Program Diploma Insurans dirumuskan untuk melahirkan graduan yang berkelayakan bagi memenuhi keperluan kepakaran yang berkelayakan dalam industri insurans. Diploma Insurans merangkumi amalan insurans penting seperti perlindungan, perundangan, pengunderaitan dan pengendalian tuntutan, pengurusan risiko, pelaburan, perancangan kewangan dan keusahawanan. Lulusan program tiga tahun ini akan memulakan kerjaya di pasaran pekerjaan sebagai Pembantu Pengunderait, Pembantu Tuntutan, Perunding Kewangan, Penyelaras Kerugian, Juruukur Risiko, Broker Insurans, Bankasurans dan lain-lain kedudukan dalam industri

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini  

 

PROGRAMME AIMS

This program believes and aims that every individual has potential to manage the risk arise from the ever challenging business world in the insurance industry in supporting national agenda.

 

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

The Diploma in Insurance programme shall produce semi-professionals who are:

PEO1 :            Insurance practitioners who apply knowledge and practical skills of insurance in facing challenges and solving issues in any related insurance field

PEO2 : Insurance practitioners who integrate values, attitudes, professionalism and social skills in engaging with society and stakeholders

PEO3 : Insurance practitioners who alternately adopt the roles of a leader and a team member, and communicate effectively to provide scientific creative solutions in insurance problems

PEO4 : Insurance practitioners who proactively acquire new knowledge and skills for career advancement and innovatively manage risk, resources and information

 

 PROGRAMME HANDBOOK/PROGRAM PAMPHLET

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program ini akan memulakan kerjaya di pasaran pekerjaan sebagai:

  • Pembantu Pegawai Pengunderaitan
  • Pembantu Pegawai Tuntutan Insuran
  • Penyelaras Kerugian
  • Penganalisa Risiko
  • Broker Insurans
  • Pembantu Insurans Dalaman
  • Pembantu Pengurusan Risiko
  • Bankasurans
  • Pegawai Pemasaran/Jualan
  • Pembantu Pegawai Latihan
  • Pembantu Pegawai Tadbir
  • Perunding Kewangan
  • Pembantu Pegawai Pengawasan dan Pematuhan