Page 11 - buku konvo 2019 latest3
P. 11

Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 32






                           Pedang Istiadat Sri Cemerlang



















                                           Pedang Istiadat Sri Cemerlang


                          Melambangkan keindahan, kemantapan, kekuatan, ketajaman dalam mencari
                                                      dan memperolehi ilmu




                                       Ulu pedang menunjukkan pegangan


                             Motif ukuran perak  membawa maksud harmonis, yang  membentuk dan
                            melahirkan pegangan yang  teguh,  cemerlang dan selamat. Batu  permata
                                         melambangkan nilai dan  keindahan pegangan.



                        Aring pedang menunjukkan perantara dan pengawasan


                                 Bentuk aring yang  berupa bentuk asas ukiran pada  ‘pegangan’
                                   menggambarkan komunikasi dan pengawasan yang mantap.



                          Mata pedang menunjukkan kekuatan dan ketajaman

                         Diperbuat daripada keluli tahan  karat, yang  melambangkan kekuatan dan daya
                        ketahanan yang  tinggi dalam menghadapi cabaran. Bentuk yang  tajam melentik
                                  menggambarkan ketajaman ilmu  dan fikiran yang mempunyai
                           fleksibiliti, permukaan yang  berkilat mencerminkan ilmu  dan  amalan yang
                                                         sentiasa tergilap.


                                    Sarung pedang menunjukkan pelindung


                          Bertatahkan perak  dan  tembaga, melambangkan satu   bentuk perlindungan,
                                    yang  indah, kuat dan mempunyai daya tahan yang tinggi.







                                                                                                               10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16