Page 6 - buku konvo 2019 latest3
P. 6

Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 32






                                  Sekapur Sireh























                            Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera dan salam kecemerlangan

                            Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpahan rahmat
                            serta  hidayah  dariNya  jua,  untuk  ke  sekian  kalinya  kita  dapat  berkumpul  sempena  Majlis
                            Konvokesyen  Kali  ke  32,  Politeknik  Kota  Bharu.  Tahniah  dan  syabas  diucapkan  kepada  para
                            graduan  yang  telah  berjaya  menamatkan  pengajian.  Kejayaan  ini  juga  adalah  hasil  usaha  dan
                            kesungguhan graduan dengan iringan doa ibu bapa dan komitmen para pensyarah.

                            Tema  konvokesyen  “Kami  Penggerak  TVET”  adalah  selaras  dengan  transformasi  graduan
                            Politeknik  yang  mempunyai  kemahiran  dalam  bidang  teknikal  berasaskan  inovasi  yang
                            berlandaskan daya kreativiti dan pengetahuan peringkat tinggi bagi memberi daya saing kepada
                            produktiviti negara.

                            Usaha  yang  berterusan  melalui  pendekatan  inovatif  akan  memacu  kelestarian  graduan  dalam
                            satu ekosistem sinergistik yang dinamik bagi mewujudkan penerimaan di peringkat global dalam
                            bidang  teknikal.  Diharapkan  Majlis  Konvokesyen  ini  akan  menjadi  pemangkin  motivasi  kepada
                            graduan  untuk  terus  berjaya  dalam  menghadapi  cabaran  di  dalam  kerjaya  dan  pengajian  di
                            peringkat lebih tinggi.

                            Harapan saya agar para graduan teruskan kecemerlangan. Kembangkan potensi diri  dan ilmu
                            pengetahuan agar dapat dimanfaatkan bagi menghadapi cabaran global dan persaingan dunia
                            pekerjaan nanti.










                             LEFTENAN KOLONEL BERSEKUTU (PA) KAMALUDIN BIN DAUD
                             Pengarah
                             Politeknik Kota Bharu
                             Kementerian Pendidikan Malaysia




                                                                                                                5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11