Page 5 - buku konvo 2019 latest3
P. 5

Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 32






                                  Sekapur Sireh























                            Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya Politeknik Kota
                            Bharu (PKB) dapat mengadakan Majlis Konvokesyen ke 32 bagi meraikan para graduan yang
                            telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang.

                            Moto “Kami Penggerak TVET” adalah amat bertepatan dengan impian negara menjadi negara
                            maju  berpendapatan  tinggi  dengan  acuan  sendiri.  Ke  arah  itu  negara  memerlukan  tenaga
                            kerja  tempatan  yang  berdaya  saing  dan  berkualiti  tinggi  serta  tidak  bergantung  harap
                            sepenuhnya kepada pekerja asing untuk memajukan negara kita. Justeru itu, langkah pihak
                            kerajaan untuk memperkasakan sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
                            adalah satu pendekatan yang amat wajar dan signifikan.

                            Diharap PKB selaku penggerak TVET dapat melahirkan lebih ramai graduan bagi memenuhi
                            permintaan industri dan sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

                            Dengan  ini,  saya  berharap  dan  yakin  para  graduan  yang  diraikan  akan  terus  maju  dan
                            berjaya.  Syabas  diucapkan  kepada  warga  Politeknik  Kota  Bharu  di  atas  kejayaan
                            menganjurkan Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke  32 ini.
                            Sekian, wassalam.














                             YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz
                             Pengarah
                             Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti
                             Kementerian Pendidikan Malaysia







                                                                                                                4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10