Page 3 - Konvokesyen Politeknik Kota Bharu 2020 (Kali Ke33)
P. 3
KATA ALUAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK)
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) Kali
Ke-33 dapat dianjurkan dengan jayanya. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada para graduan kerana telah berjaya
menamatkan pengajian dan dianugerahkan diploma pada hari
yang bersejarah ini.
Bermula dari penubuhan politeknik pada tahun 1969, Politeknik
sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai graduan yang
holistik, berciri keusahawanan dan seimbang seiring dengan
visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Kejayaan yang diraih oleh para graduan dalam pelbagai
bidang pada hari ini telah membuktikan politeknik sebagai
peneraju institusi TVET yang unggul.
Graduan dari institusi pendidikan TVET kini tidak hanya TS. DR. MUHAMMAD NAIM BIN YAAKUB
terhad bekerja dalam bidang pengajian, malahan mereka Ketua Pengarah
turut berani menceburi bidang perniagaan. Seiring dengan Jabatan Pendidikan Politeknik &
Kolej Komuniti
perubahan teknologi dunia yang semakin berkembang, lebih
ramai usahawan yang mengaplikasikan kepakaran teknologi dalam penghasilan
produk, perkhidmatan dan pengurusan perniagaan. Kejayaan graduan politeknik
yang bergelar usahawan pada hari ini melambangkan program-program yang
ditawarkan di politeknik adalah relevan dan seiring dengan perkembangan arus
perdana bagi memenuhi keperluan dan perkembangan industri di Malaysia
mahupun di peringkat global. Kecemerlangan yang diraih oleh graduan politeknik
dalam bidang keusahawanan pada hari ini amat bertepatan dengan tema Majlis
Konvokesyen PKB Kali Ke-33 iaitu “ Graduan TVET Memperkasa Teknousahawan”.
Kejayaan graduan politeknik dalam bidang perniagaan berupaya mewujudkan
peluang pekerjaan sekali gus menjadi ikon atau mentor kepada graduan TVET
yang lain. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu chain reaction
yang positif.
Diharapkan PKB akan terus kekal dan maju sebagai salah sebuah institusi
penggerak TVET di bawah JPPKK, melahirkan lebih ramai graduan yang kreatif
dan inovatif sekali gus menghasilkan usahawan yang berjaya di dalam bidang
teknikal khususnya di masa akan datang.
Akhir kata, kepada semua graduan, teruskan usaha dan manfaatkan setiap
peluang yang diberikan untuk mencipta kejayaan demi mengubah masa depan
Halaman | 2
yang lebih cemerlang.