Page 4 - Konvokesyen Politeknik Kota Bharu 2020 (Kali Ke33)
P. 4
KATA KATA ALUAN
PENGARAH
POLITEKNIK KOTA BHARU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin dan
kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk menjayakan Majlis
Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) ke-33 ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua
graduan di atas kejayaan menamatkan pengajian di PKB.
Semoga kecemerlangan ini diteruskan demi mengejar kejayaan
yang lebih membanggakan di masa akan datang.
Kejayaan pada hari ini akan menjadi titik permulaan kepada para
graduan dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar
di alam pekerjaan seiring dengan cabaran gelombang
Revolusi Industri (IR4.0). Saya yakin dengan sikap kompetitif dan
bijak mengambil peluang menjadikan graduan yang diraikan
hari ini bukan sahaja menjadi pilihan utama pihak industri
malahan sebagai peneraju utama dalam bidang keusahawanan
KAMALUDIN BIN DAUD
sejajar dengan tema konvokesyen pada tahun ini iaitu Pengarah
“Graduan TVET Penggerak Teknousahawan”. Politeknik Kota Bharu
TVET bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan tentang teknikal
malah lebih dari itu kerana melibatkan semua aspek ilmu
pengetahuan termasuk ilmu keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan
sejajar dengan kehendak era globalisasi masa kini. TVET kini berperanan penting dalam
melahirkan usahawan yang mampu menguasai semua aspek perniagaan dan teknikal
supaya mereka lebih berdaya saing dan berorientasikan teknologi, bukannya
usahawan yang berorientasikan modal semata-mata tanpa kemahiran tentang
sesuatu perniagaan yang diceburinya. Dalam usaha membangunkan ekonomi,
negara perlu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, bersifat dinamis,
tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
Kepada para graduan, teruskan semangat juang gigih anda dan buktikan bahawa
anda adalah di antara insan-insan terpilih yang telah mewarnai kegemilangan PKB.
Walau apa jua yang dilakukan selepas ini, lakukanlah demi agama, bangsa dan
negara kita kerana anda adalah cerminan generasi akan datang yang bakal
mencorakkan kejayaan negara. Tanamkan semangat ingin terus menuntut ilmu dan
meningkatkan kemahiran agar menjadi insan yang berguna bukan sahaja kepada diri
sendiri tetapi juga kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Akhir kata, besar harapan saya agar majlis konvokesyen PKB ke 33 ini meninggalkan
kenangan indah untuk di kenang selamanya. Semoga dengan segala ilmu yang
diperoleh dan kejayaan yang di kecapi ini mampu memberi manfaat dan kelebihan
kepada anda dalam merealisasikan impian dan maju dalam segala lapangan yang
diceburi. Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan, ibu bapa
Halaman | 3
dan warga PKB di atas kegigihan dan komitmen dalam menjayakan majlis
konvokesyen ke 33 ini.