Page 27 - KONVOKESYEN KE-36, POLITEKNIK KOTA BHARU.
P. 27
KONVOKESYEN KE-36
Sekilas Pandang
ms | 25
Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 1985 di kampus sementara di Sekolah Menengah
Teknik Pasir Mas, Bunut Susu Kelantan. Pada tahun 1988, Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke
kampus baru di Kok Lanas, Ketereh dan kekal sehingga ke hari ini. Pada awal penubuhan Politeknik
Kota Bharu, hanya 400 orang pelajar telah berdaftar untuk mengikuti pengajian di Politeknik Kota
Bharu dengan jumlah tenaga pengajar hanya 44 orang. Kini, Politeknik Kota Bharu telah mengorak
langkah selari dengan pendidikan negara sehingga mampu menampung hampir 5000 orang pelajar
dengan 417 orang tenaga pengajar dan 124 orang kakitangan kumpulan pelaksana. Politeknik Kota
Bharu akan terus beriltizam untuk meletakkan institusi ini sebagai penggerak bidang pendidikan
“Technical and vocational education and training” (TVET). Ini merupakan satu azam dan komitmen
yang akan memacu tahap pencapaian akademik dan sahsiah para pelajar dan graduan PKB agar
mampu memenuhi keperluan tenaga kerja semasa sama ada dalam sektor korporat dan awam
No. Perakuran Pendaftaran : POLITEKNIK/004(001).
Tahun Penubuhan : 1985
Kategori Politeknik : Konvensional
Keluasan : 406,300 sq.m – dibangunkan
Kapasiti Pelajar : 6000 orang (termasuk pelajar LI)
Kapasiti Asrama : 2418 orang
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Politeknik Kota Bharu
1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Ukur Bahan
3. Diploma Kejuruteraan Elektrik
4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
5. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
8. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
9. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
10. Diploma Akauntansi
11. Diploma Pemasaran
12. Diploma Pengajian Perniagaan
13. Diploma Insurans
GRADUAN TVET PEMACU GENERASI MADANI