Page 29 - KONVOKESYEN KE-36, POLITEKNIK KOTA BHARU.
P. 29
KONVOKESYEN KE-36
Pedang Istiadat
Sri Cemerlang ms | 27
ARING
ULU PEDANG SARUNG
Pedang Istiadat Sri Cemerlang
Melambangkan keindahan, kemantapan, kekuatan, ketajaman dalam mencari dan memperolehi ilmu
Ulu Pedang Menunjukkan Pegangan
Motif ukuran perak membawa maksud harmonis, yang membentuk dan melahirkan pegangan yang
teguh,cemerlang dan selamat. Batu permata melambangkan nilai dan keindahan pegangan
Aring Pedang Menunjukkan Perantara Dan Pengawasan
Bentuk aring yang berupa bentuk asas ukiran pada ‘pegangan’ menggambarkan komunikasi dan
pengawasan yang mantap
Mata Pedang Menunjukkan Kekuatan Dan Ketajaman
Diperbuat daripada keluli tahan karat, yang melambangkan kekuatan dan daya ketahanan yang tinggi
dalam menghadapi cabaran. Bentuk yang tajam melentik menggambarkan ketajaman ilmu dan
fikiran yang mempunyai fleksibiliti,permukaan yang berkilat mencerminkan ilmu dan amalan yang
sentiasa tergilap
Sarung Pedang Menunjukkan Pelindung
Bertatahkan perak dan tembaga, melambangkan satu bentuk perlindungan, yang indah, kuat dan mempunyai
daya tahan yang tinggi
GRADUAN TVET PEMACU GENERASI MADANI