Page 7 - KONVOKESYEN KE-36, POLITEKNIK KOTA BHARU.
P. 7

KONVOKESYEN KE-36





                                                 Kata Aluan




                                                Ketua Pengarah


                                                                                                           ms | 5
                               JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
                                          KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.



               Pertama sekali, saya berbesar hati ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan
               limpah kurnia serta izin-Nya kita dapat berkumpul dalam majlis penuh bersejarah pada hari ini. Saya juga ingin
               mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu kerana menjemput
               saya untuk bersama meraikan para graduan dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-36 pada hari
               ini.

               Pada Majlis Konvokesyen kali ini yang dilangsungkan selama 4 hari berturut-turut, saya dimaklumkan seramai
               1327 graduan akan menerima diploma. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan di atas
               kejayaan ini, berkat daripada usaha, kegigihan, dan ketabahan dalam mengharungi pengajian dengan jayanya.
               Saya yakin majlis konvokesyen ini sangat bermakna buat diri anda semua kerana berjaya menamatkan pengajian
               masing-masing meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Alhamdulillah, segala usaha dan
               pengorbanan anda semua telah menghasilkan kejayaan.

               Tahniah juga saya ucapkan kepada semua ibu bapa dan keluarga yang turut bersama memeriahkan majlis pada
               pagi ini. Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada
               anak-anak sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian. Begitu juga sekalung penghargaan saya ucapkan
               kepada para pensyarah Politeknik Kota Bharu, di atas kegigihan dan keikhlasan tuan-puan mencurahkan ilmu
               dan bimbingan tanpa jemu kepada para pelajar demi memastikan mereka bergraduat dengan jaya. Terima kasih
               juga kepada seluruh warga kerja urusetia dan jawatankuasa konvokesyen di atas persediaan yang kemas dan
               rapi dalam menjayakan majlis konvokesyen pada kali ini.

               Mendepani  cabaran  dunia  semasa  serta  menjadi  antara  insan  yang  berdaya  saing  seiring  kehendak  situasi
               ekonomi  negara,  memerlukan  satu  semangat  dan  anjakan  fasa  diri.  Memilih  politeknik  sebagai  landasan
               pengajian anda adalah satu langkah bijak. Tahniah kepada politeknik yang mengorak awal mengatur langkah
               dalam  mempelopori  pelbagai  bidang  yang  berimpak  tinggi  selari  dengan  keperluan  industri  bagi
               menyemarakkan  transformasi  negara.  Saya  yakin,  politeknik  berupaya  sebagai  pusat    pendidikan,  latihan
               teknikal dan vokasional (TVET) yang terus kekal relevan dalam memainkan peranan penting bagi melahirkan
               tenaga kerja ke arah negara maju berpendapatan dan berteknologi tinggi. Komitmen serta kolaborasi dari pihak-
               pihak tertentu juga dapat membantu hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai
               hab pendidikan global terutamanya dalam pengajian berteraskan TVET.

               Nasihat saya seperti juga nasihat yang lazim kita dengar sebelum ini ialah untuk meningkatkan persiapan diri
               menghadapi cabaran baharu dan tidak terlalu memilih jenis pekerjaan. Saya yakin para graduan akan berupaya
               menampilkan ilmu, kemahiran dan sikap yang positif semasa ditempat kerja, beretika dan profesional dalam
               pengendalian tugas.Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua graduan bertuah pada hari ini, juga kepada
               semua ibu bapa dan keluarga graduan. Terima kasih kepada tetamu dari rakan agensi dan industri yang sudi
               bersama.  Terima  kasih  kepada  Pengarah  Politeknik  Kota  Bharu  dan  warga  kerja  di  atas  usaha  berterusan
               mendidik anak bangsa, tahniah dan syabas. Semoga kejayaan pada hari ini akan disusuli dengan banyak lagi
               kejayaan dan kecemerlangan di masa-masa hadapan.

               Dr. Haji Mohd Zahari Bin Ismail,
               Ketua Pengarah
               Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti






                                        GRADUAN TVET PEMACU GENERASI MADANI
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12