Page 9 - KONVOKESYEN KE-36, POLITEKNIK KOTA BHARU.
P. 9
KONVOKESYEN KE-36
Kata Aluan
Pengarah
ms | 7
POLITEKNIK KOTA BHARU
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah
menganugerahkan kita rezeki kesihatan dan keupayaan untuk sama-sama menyempurnakan dan meraikan Majlis
Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-36.
Segunung ucapan tahniah dan berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Politeknik Kota Bharu
yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah mengenal perit jerih dalam merealisasikan impian
para graduan kita dan ibu bapa sepanjang pengajian anak-anak mereka disini. Sekalung penghargaan juga turut
ditujukan kepada seluruh warga kerja Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-36 kerana telah bertungkus-
lumus memastikan kesempurnaan majlis bagi meraikan kejayaan para graduan, para pendidik serta pengorbanan
ibu bapa yang telah berjaya membentuk insan intelek masa hadapan yang murni sahsiahnya.
Tema Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu kali ini adalah ‘Graduan TVET Pemacu Generasi Madani’.
Kebanyakan negara maju telahpun menjadikan TVET sebagai nadi dan kunci pembangunan kemahiran tenaga
kerja berprestasi dan berpendapatan tinggi lebih dua abad yang lalu dan kesannya telah mereka nikmati ketika
ini. Ekosistem TVET yang terancang dan kukuh akan melonjakkan keberhasilan modal insan berkemahiran tinggi
dalam masyarakat. Malaysia pada masa kini berada pada landasan pemerkasaan TVET yang mempunyai hala tuju
pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja
yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu berdasarkan piawaian pekerjaan yang diiktiraf yang
menekankan komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri. Syabas
saya ucapkan kepada semua pendidik yang tidak jemu menggembleng tenaga dalam bersama-sama mendidik
anak bangsa.
Konvokesyen ini adalah merupakan titik permulaan bagi para graduan mengorak langkah ke satu tahap yang
lebih tinggi dan memahami erti dan cara kehidupan berkerjaya. Bagi mereka yang sudah atau akan memasuki
alam pekerjaan, anda perlulah menyiapkan diri secara mental dan fizikal bagi memenuhi keperluan majikan.
Gunakanlah masa yang ada bagi mengasah dan menambah kemahiran serta pengetahuan agar dapat menjadi
warga kerja yang efisien, kreatif dan inovatif.
Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada para graduan sekalian. Semoga
Allah sentiasa memberkati dan merahmati anda semua dalam setiap bidang yang diceburi pada masa hadapan.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Gs. Sr. Haji Mohd Fikri Bin Ismail,
Pengarah
Politeknik Kota Bharu
GRADUAN TVET PEMACU GENERASI MADANI