Page 21 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 21

6.0 SISTEM JANAKUASA









         ii. Sistem Janakuasa Hidro


                       Sistem janakuasa hidro menggunakan air empangan


         untuk menghasilkan tenaga elektrik. Oleh itu ia perlu dibina


         berdekatan dengan air kerana sistem ini memerlukan air yang


         banyak serta kuat tekanannya.


                       Air diempangkan ke paras yang tinggi serta luas


         permukaan takungannya supaya tekanan air menjadi kuat.


         Aliran air akan dikawal oleh pintu empangan supaya tidak


         berlaku tekanan air yang berlebihan pada bahagian injap pintu


         air dan kipas turbin. Air empangan tersebut akan disalurkan ke


         turbin melalui injap pintu air. Injap digunakan untuk mengawal


         aliran air kali yang kedua setelah dikawal oleh pintu empangan.


         Kipas turbin akan diputarkan oleh air tadi dan putaran itu akan


         melalui aci yang menggerakkan pengalir penjana. Pengalir


         penjana akan berputar untuk menghasilkan tenaga elektrik. Air


         kemudiannya akan disalurkan ke sungai.
















                                                                                                         11
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26