Page 25 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 25
6.0 SISTEM JANAKUASA
iv. Sistem Janakuasa Solar
Satu teknologi dicipta untuk mendapatkan tenaga
daripada radiasi cahaya matahari ini dinamakan tenaga solar.
Tenaga matahari digunakan untuk menghasilkan tenaga
elektrik melalui enjin pemanasan dan panel solar fotovoltaik.
Solar panel digunakan untuk menukarkan cahaya
matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah ini mampu
menghasilkan voltan arus secara terus.
Namun, tenaga solar juga mempunyai kekurangan
dalam beberapa sudut. Antaranya, ketidakstabilan cuaca.
Peredaran malam dan siang, latitud dan altitud geografi seperti
cerah, mendung, awan dan hujan menyebabkan pada satu-
satu waktu tertentu, penyinaran solar menjadi tidak stabil.
Satu meter persegi tenaga solar mampu menjana
purata anggaran 1,000 watt (w). Kekurangan ketumpatan cuaca
menyebabkan hanya 200w tenaga solar dapat dijana.
15