Page 23 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 23
6.0 SISTEM JANAKUASA
iii. Sistem Janakuasa Gas
Sistem janakuasa gas boleh dibina pada tempat yang
rata dan ia menggunakan bahan api untuk mengendalikan
prosesnya. Udara yang terdapat di sekeliling akan disedut dan
kemudiannya dimampatkan oleh sebuah alat yang dinamakan
pemampat. Udara yang telah dimampat ini disalurkan ke ruang
pembakaran. Bahan api digunakan untuk pembakaran. Gas
bertekanan tinggi dihasilkan dengan bantuan udara yang
disalurkan tadi. Gas ini kemudiannya disalurkan ke turbin.
Sebahagian daripada gas ini akan menggerakkan kipas
pemampat.
Akhir sekali udara akan keluar dari turbin lalu
disalurkan ke bahagian gas lawas.
13