Page 27 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 27
7.0 ALAT UBAH
Alatubah ialah sebuah alat yang digunakan untuk
menaikkan atau merendahkan voltan bekalan arus ulangalik. Ia
juga digunakan untuk menukarkan arus ulangalik menjadi arus
terus.
Penjanaan kuasa dibuat pada peringkat voltan
rendah (11kv – 25kv) sementara penghantaran kuasa
dikendalikan pada peringkat voltan tinggi (66kv, 132kv, dan
275kv). Oleh itu, alat ubah penaik digunakan untuk menaikkan
voltan ke peringkat penghantaran. Apabila talian penghantaran
tiba di suatu kawasan perindustrian ataupun kawasan
perumahan, alat ubah penurun diperlukan untuk menurunkan
voltan kembali ke peringkat voltan pembahagi. Alat ubah - alat
ubah ini terdapat di pencawang-pencawang elektrik.
17