Page 32 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 32
10.0 SISTEM PENGHANTARAN
Tenaga elektrik dihasilkan dan dibekalkan daripada
stesyen janakuasa. Bekalan tenaga elektrik ini dihantar kepada
pengguna melalui talian-talian penghantaran. Di Malaysia
tenaga elektrik menghasilkan melalui sistem arus ulangalik.
Pertambahan penggunaan tenaga elektrik di semua tempat
menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap bekalan
kuasa elektrik. Bertambah banyak kadar permintaan
menunjukkan bertambah banyak bekalan dan sistem
penghantaran yang perlu disediakan.
Sistem penghantaran tenaga elektrik dilakukan
melalui talian-talian atau kabel-kabel penghantaran. Kabel-
kabel penghantaran ini dikendalikan dengan jumlah voltan
yang tinggi. Sistem penghantaran di negara ini menggunakan
jumlah voltan sebanyak 175kv, 132kv dan 66kv.
Kadar voltan yang tinggi diperlukan dalam sistem
penghantaran untuk menjimatkan perbelanjaan.
22