Page 30 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 30

9.0 SISTEM TENAGA FASA DI MALAYSIA









         Terdapat dua sistem fasa yang digunakan :


                       i. Sistem Fasa Tunggal


                       ii. Sistem Fasa Tiga






          i. Sistem Fasa Tunggal


                       Bekalan elektrik fasa tunggal atau bekalan elektrik


         satu fasa merujuk kepada sistem pengagihan bekalan elektrik


         arus ulang alik dengan menggunakan satu sistem di mana


         voltan bekalan berubah secara seragam.


                       Sistem pengagihan fasa tunggal digunakan apabila


         sebahagian besar beban terdiri daripada litar pencahayaan dan


         pemanasan, dengan kurang penggunaan motor elektrik.


                       Tiada susunan transformer yang boleh menukarkan


         beban satu fasa kepada sistem berbilang fasa yang seimbang.


         Beban fasa tunggal boleh diperolehi daripada sistem


         pengagihan tiga fasa sama ada melalui sambungan fasa ke


         neutral ataupun sambungan antara dua fasa.












                                                                                                         20
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35