Page 33 - SISTEM BEKALAN ELEKTRIK_FLIP BUILDER
P. 33
10.0 SISTEM PENGHANTARAN
Jika voltan penghantaran tinggi, arus yang mengalir
adalah kecil. Dengan yang demikian ia tidak perlu kepada
pengalir yang bersaiz besar. Penggunaan kabel yang kecil sudah
memadai dan sudah tentu secara langsung menjimatkan
perbelanjaan.
Kadar voltan yang tinggi juga diperlukan dalam
sistem penghantaran untuk mengelakkan kehilangan voltan
yang banyak. Kehilangan voltan yang banyak boleh
menjejaskan bekalan tenaga kepada pengguna. Dengan
demikian untuk menjamin pengguna memperolehi bekalan
tenaga dalam jumlah voltan yang tertentu maka kadar voltan
ditinggikan sebelum dihantar kepada pengguna.
Kehilangan voltan dalam sistem penghantaran bergantung
kepada panjangnya kabel penghantaran, saiz kabel dan bahan
yang digunakan untuk membuat kabel.
23