Page 6 - EBOOK DPM 10013 POM-FINAL 25.10.2021
P. 6

ABSTRAK



               E-book ‘Principles of Marketing’ adalah sesuai untuk pelajar-pelajar baharu yang ingin
               mengenali ilmu pemasaran.  E-book ini dapat membantu pelajar-pelajar mengenali ilmu

               pemasaran secara asas dan menyeluruh. Tujuan e-book ini dibina adalah untuk memberi

               motivasi kepada pelajar-pelajar  mendapatkan ilmu pemasaran di hujung jari.  Pelajar-
               pelajar juga dapat memperolehi ilmu dalam bentuk yang lebih menarik, mudah difahami

               serta  melalui  medium  masa  kini.    Keistimewaan  e-book  ini  adalah  di  mana  setiap  bab
               menunjukkan  objektif  pembelajaran  yang  perlu  dicapai  serta  memaparkan  gambar

               menarik  yang  memudahkan  kefahaman  pelajar.  E-book  ini  mengandungi  lapan  bab

               semuanya.  Bab  1  menerangkan  definisi,  istilah  asas  pemasaran,  falsafah  pengurusan
               pemasaran, produk dan perkhidmatan yang dipasarkan, etika pemasaran, peranan etika

               dan perbincangan mengenai tanggungjawab social.  Bab 2 ialah mengenai persekitaran
               pemasaran.   Pelajar-pelajar  didedahkan dengan faktor luar  kawal seperti persekitaran

               mikro dan makro di mana pelajar perlu menilai cara untuk menyesuaikan strategi syarikat

               dengan keadaan persekitaran masa kini.  Manakala bab 3 menerangkan mengenai jenis
               pasaran yang memerlukan strategi yang berbeza.  Topik pembahagian pasar, sasaran dan

               posisi  produk  dibincangkan  dalam  bab  4.    Produk  dan  servis  dibincangkan  secara

               menyeluruh di dalam bab 5 dan menyentuh mengenai tahap produk, perbezaan produk
               pelanggan dan industri serta kitaran hayat produk.  Bab 6 membantu pelajar mengetahui

               cara  perletakan  harga  dan  jenis-jenis  strategi  perletakan  harga.    Pelajar  juga  diberi

               pendedahan  mengenai  saluran  pemasaran,  di  mana  bab  7  membincangkan  mengenai
               definisi,  fungsi  dan  pilihan  saluran  utama.    Seterusnya  bab  akhir  sekali  mengenai

               komunikasi pemasaran bersepadu yang banyak menghuraikan elemen-elemen campuran

               promosi.  Diharapkan,usaha  ini  bukan  sahaja  dapat  menambah  ilmu  pengetahuan  dan
               kefahaman  pelajar  tetapi  juga  mendorong  mereka  membuat  latihan  di  mana  sahaja

               mereka berada.
















                                                                                                         v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11