Page 68 - KAJIDAYA BAHAN
P. 68

KAJIDAYA BAHAN





                                                          BAB 4




                                              TEGASAN LENTUR








                   4.0    TEGASAN LENTUR
                   Di dalam bab ini, kita akan hanya menumpukan pada tegasan normal yang berlaku
                   dalam rasuk dan ianya juga dikenali dengan nama Tegasan Lentur. Tegasan ini perlu
                   diselidiki ketika proses merekabentuk sesuatu rasuk. Oleh itu, penentuan tegasan lentur
                   maksima dan juga kedudukannya merupakan fokus bab ini.

                   4.1    AGIHAN TEGASAN
                                                                                                   P
                                          P




                   Apabila sesuatu rasuk itu dikenakan daya, maka perubahan bentuk akan berlaku seperti
                   gambarajah  di  atas.  Perubahan  bentuk  yang  berlaku  itu  akan  menyebabkan
                   kepelbagaian di dalam tegasan lentur yang timbul, di mana tegasan lentur di bahagian
                   atas keratan rentas rasuk tidak sama dengan bahagian bawah.

                   Apabila  daya  dikenakan  ke  arah  bawah,  maka  rasuk  akan  berubah  bentuk  kepada
                   bentuk seperti di Rajah 4.1a (senyum). Apabila dibuat kajian, daya-daya yang timbul di
                   dalam rasuk pada satu keratan rentas berada dalam dua keadaan, iaitu daya di bahagian
                   atas  paksi  neutral  (PN)  berada  dalam  keadaan  tegangan  manakala  daya  di  bahagian
                   bawah PN adalah daya mampatan. Tidak ada daya pada PN. Maka tegasan juga timbul
                   dalam keadaan tegasan tegangan dan juga tegasan mampatan

                               M                    M                      Mampatan
                                                              PN                 M

                                                                            Tegangan
                                                         Rajah 4.1a
                   Apabila diselIdiki dengan lebih mendalam, tegasan yang semakin jauh dengan PN adalah
                   semakin besar adalah semakin besar nilainya. Oleh itu, kita bolehlah melakarkan juga

                                                                                                                 59
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73