Page 69 - KAJIDAYA BAHAN
P. 69

KAJIDAYA BAHAN

                   satu  gambarajah  agihan  tegasan  seperti  rajah  di  bawah.  Boleh  disimpulkan  bahawa
                   tegasan lentur maksima berlaku di hujung atas atau bawah rasuk.

                                                                                Tegangan
                                                                   PN                 M

                                   M                      M                     Mampatan
                    Rajah 4.1b

                                                                               Tegangan

                                                                 PN                 M

                                                      M                       Mampatan


                                                         Rajah4.1c
                   Sekiranya  arah  daya  yang  dikenakan  ditukarkan  iaitu  pada  arah  atas,  maka  perubahan
                   bentuk  rasuk  akan  berubah  seperti  Rajah4.1b  (masam).  Perbezaannya  sekarang  adalah
                   dari segi tegasan yang timbul, di mana pada keadaan ini tegasan tegangan timbul pada
                   bahagian  atas  PN  manakala  tegasan  mampatan  adalah  sebaliknya.  Bagaimana  pula
                   dengan rasuk julur apabila dikenakan dengan daya? Sekiranya daya yang dikenakan itu
                   adalah pada arah bawah maka perubahan bentuk yang berlaku adalah seperti Rajah 4.1cn
                   ianya  juga  adalah  sama  dengan  bentuk  masam  tadi.  Oleh  sebab  itu,  tegasan  tegangan
                   untuk rasuk julur ketika ini adalah pada bahagian atas PN manakala tegasan mampatan
                   adalah di bahagian bawah bawah PN. Seterusnya apabila daya yang dikenakan ke atas
                   rasuk julur adalah arah atas, maka bentuknya akan berubah kepada bentuk senyum. Oleh
                   sebab itu tegasan-tegasan yang timbul adalah dalam keadaan sebaliknya.


                   4.2    SENTROID DAN MOMEN LUAS KEDUA

                   Sebelum  kajian  lebih  jauh  dibuat  dalam  bahagian  tegasan  lentur  ini,  kita  perlu
                   mengetahui  dua  istilah  penting  di  dalam  kejuruteraan  yang  akan  digunapakai  ketika
                   menentukan tegasan lentur rasuk. Istilah pertama adalah sentroid (c) yang membawa
                   maksud ianya satu titik di mana titik itu adalah pusat satu keluasan. Ianya sama juga
                   dengan  pusat  graviti  di  mana  pusat  graviti  merupakan  titik  graviti  bertindak,  maka
                   sentroid pula titik di mana terletaknya paksi neutral (PN). Paksi neutral adalah adalah
                   satu  paksi  yang  tidak  akan  mengalami  perubahan  bentuk.  Istilah  kedua  yang  perlu
                   diketahui  adalah  momen  luas  kedua  (  I  )  dan  pada  prinsipnya  ianya  sama  dengan
                   momen inersia. Momen luas kedua adalah merupakan hasil darab luas (A) dengan jarak
                                2
                   kuasa  dua  (y ).  Rajah  di  bawah  menunjukkan  titik  sentroid  dan  momen  luas  kedua
                   beberapa bentuk asas.





                                                                                                                 60
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74